Allah, Takdir dan Syetan


Ada seorang  pemuda yang lama sekolah di negeri paman Sam kembali ke tanah  air. Sesampainya dirumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang  Guru agama, kyai atau siapapun yang bisa  menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang  tersebut.

Pemuda >>> Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan2 saya?

Kyai >>> Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan  menjawab pertanyaan anda.

Pemuda >>> Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu, menjawab pertanyaan saya.

Kyai >>> Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya.

Pemuda >>> Saya punya 3 buah  pertanyaan
   1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan wujud Tuhan kepada  saya.
   2. Apakah yang dinamakan takdir.
   3. Kalau syetan diciptakan dari api  kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat         dari api, tentu tidak menyakitkan buat syetan, sebab mereka  memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu.

Tiba2 Kyai tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras.

Pemuda  (sambil menahan sakit) >>> Kenapa anda marah kepada saya?

Kyai >>> Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3 buah    
pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda >>>Saya sungguh - sungguh tidak mengerti.

Kyai >>> Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda >>>Tentu saja saya merasakan sakit.

Kyai >>> Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?

Pemuda >>> Ya

Kyai >>> Tunjukan pada saya wujud sakit itu !

Pemuda >>> Saya tidak bisa.

Kyai >>> Itulah jawaban pertanyaan pertama, kita semua  merasakan keberadaanTuhan tanpa mampu melihat wujudnya.

Kyai >>> Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda >>> Tidak.

Kyai >>> Apakah pernah terpikir oleh anda akan menerima  sebuah tamparan dari saya hari ini?

Pemuda >>> Tidak.

Kyai >>> Itulah yang dinamakan takdir.

Kyai >>> Terbuat dari apa tangan yang  saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda >>> kulit.

Kyai >>> Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda >>> kulit.

Kyai >>> Bagaimana  rasanya tamparan saya?

Pemuda >>> sakit.

Kyai >>> Walaupun Syeitan  terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika
Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syeitan.

Iblis Ingin Bertaubat

Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku?"

     Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mahu kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."
     Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan.
     Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika ia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.
     Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. mengeluarkan Iblis dari neraka setiap 1000 tahun sekali, dan mengeluarkan Adam a.s. dari syurga, serta memerintahkan Iblis supaya sujud kepada Adam a.s. Disebabkan sikap angkuhnya dia tetap enggan sujud, maka dikembalikan Iblis ke dalam neraka....